Isnin, 2009 Ogos 17
Ramadan Kareem yang dirindui kini telah tiba
Salam Kerinduan Ramadhan Kareem...
Kad ini umum untuk pengunjung semua, di reka khas atas nama cinta ku pada bulan Ramadhan.
Kad ini khas kepada yang menerima jemputan dari QK ^_^
Aduh Ramadhan, moga kami sempat bertemu dan sempat hidup bernafas sepanjang kau tiba ini... ameen
Ahad, 2009 Ogos 16
Aku si "ORIGINATOR" ?
Semalam, saya dan Masturah saling menguji personaliti diri dalam laman web http://www.mypersonality.info/ . Di sana terdapat 2 bahagian iaitu "Personality Test - Discover Your Type" dan "Multiple Intelligences Test - Discover Your Learning Style".
"Personality Test - Discover Your Type"
(Ujian Personaliti)
Ujian ini adalah berdasarkan kajian teori Carl Jung, seorang ahli psikologi dan sedikit penelitian peribadi Isabel Briggs Myers dan Katharine Cook Briggs.
Carl Jung, seorang ahli teori psikologi jenis (perwatakan manusia) mengatakan setiap orang adalah "pelik" berbeza dari segi kecenderungan dan kesukaan. Ada diantara kita ialah extraverted sementara yang lain introverted, ada sebilangan dari kita adalah seorang "pemikir" sedangkan yang lain adalah seorang "penyelidik", dan seterusnya.
Terdapat 16 jenis keperibadian yang berbeza, masing-masing berkait rapat antara salah satu dari empat pengkhususan sebagaimana yang telah disusun oleh David Keirsey.
Berikut merupakan 4 pengkhususan :
1. Protectors (SJ) - Pelindung
ESTJ - Overseer (Penyelia)
ESFJ - Supporter (Penyokong)
ISTJ - Examiner (Pemeriksa)
ISFJ - Defender (Pembela)
2. Creators (SP) - Pengkarya
ESTP - Persuader (Pemujuk)
ESFP - Entertainer (Penghibur)
ISTP - Craftsman (Tukang ***)
ISFP - Artist (Artis)
3. Intellectuals (NT) - Cendekiawan
ENTJ - Chief (Ketua)
ENTP - Originator (Pengarang @ Orang yang memulakan)
INTJ - Strategist
INTP - Engineer
4. Visionaries (NF) - Perangka Visi
ENFJ - Mentor
ENFP - Advocate (Penyokong @ Peguambela)
INFJ - Confidant
INFP - Dreamer
Hasil dari ujian tersebut, saya berjaya mendapat dalam golongan ke 3 iaitu "CENDEKIAWAN" dalam pengkhususan " ORIGINATOR " . hehe
Extraverted (E) = 53%
Kecenderungan terhadap melihat dunia daripada pandangan luar daripada diri sendiri. Mereka lebih suka mengadakan interaksi sosial, bersemangat, berbudi bahasa, tegas dan realistik. Mereka cenderung kepada perhimpunan sosial seperti aktiviti berorganisasi dan juga lebih suka untuk meluangkan masa bersama orang lain serta cuba untuk memperkuatkan diri mereka dengan interaksi sosial.
Intuition (N) = 74%
Ia berkaitan tentang bagaimana manusia memproses data. Mereka memfokuskan kepada masa depan dan apa yang mungkin akan berlaku. Mereka memproses maklumat melalui sejarah dan pengalaman. Mereka membaca apa yg tersirat dan mereka adalah pemikir abstrak.
Thinking (T) = 53%
Berfikir merujuk kepada bagaimana individu membuat keputusan. Pemikiran mereka adalah objektif dan membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka memimpin dengan akal dan bukannya melalui hati dan perasaan. Pemikir membuat keputusan berdasarkan faktar dan logik.
Perceiving (P) = 63%
Mempersepsi atau menilai merujuk kepada suka mempamerkan apa yang zahir. Mereka ialah orang yang fleksibel, seperti memilih untuk bersikap terbuka dan berfikiran secara rawak. Mereka ingin bertindak secara spontan dan sering menyesuaikan diri. Mereka suka mengakhiri sesuatu hal yang terbuka.
Keempat-empat ciri personaliti iaitu ENTP digabungkan menjadi suatu penilaian personaliti yang lengkap iaitu 'The Originator' yang bermaksud Pengarang @ Orang yang memulakan. Kumpulan individu ENTP digambarkan seperti berikut :
ORIGINATOR adalah seorang yang logik, inovatif, seorang yang selalu ingin tahu dan sangat bersungguh-sunguh dalam merekacipta. Mereka melihat kemungkinan dalam memperbaiki mana-mana situasi dan memiliki kemampuan untuk memahami konsep-konsep yang bersifat kompleks. ORIGINATOR adalah seorang yang suka mengkaji dirinya sendiri dan seorang yang berpendirian. Mereka sering mengabaikan kehidupan yang biasa sementara mengejar solusi baru. ORIGINATOR juga adalah seorang yang dapat berkomunikasi dengan baik dan seorang sahabat yang unik.
Antara tokoh-tokoh barat yang memiliki personaliti ENTP ialah :
Alexander the Great - king, military commander
James A. Garfield - American President
John Adams - American President
Rutherford B. Hayes - American President
Theodore "Teddy" Roosevelt - American President
Lewis Carroll - author (Alice in Wonderland)
Walt Disney - filmmaker, entrepreneur
Weird Al Yankovic - musician (satire/parody)
Alfred Hitchcock - filmmaker (The Birds)
Suzanne Pleshette - actress
Celine Dion - singer
Valerie Harper - actress
Julia Child - chef, author, TV personality
Tetapi laman ini memperincikan bahawa sebahagian besar ENTP dipopulasi oleh lelaki berbanding wanita iaitu sebanyak 4.5% dan wanita, 1.5%. Fakta tersebut sebenarnya berkait rapat dengan peranan wanita dalam masyarakat hari ini. Wanita kini gemarkan bidang hiburan sebagai bidang kerjaya berbanding pekerjaan yang menuntut hak akal untuk berfikir secara kritikal dan strategis serta kreatif.
Seni suara atau seni fashion saja tidak cukup untuk membangun sebuah tamadun. Melayu yang saya rasa makin hilang di pijak bumi ini sepatutnya merubah hala kepada pembangunan rohani berbanding fokus yang total pada permodenan dalam pembangunan.
Kekurangan makanan rohani membuat iri syatan menjelma
Merujuk pada hasil kajian di atas, 80 % keputusan adalah bertepatan dengan peribadi diri saya yang sebenarnya (dengan izin Allah). Sebagai seorang cendekiawan Muslim, kajian tetap dinobat sebgai kajian tanpa menolak dan menafikan secara terus hasil seperti ini. Seperti kata sahabat saya, Masturah
Kita juga beriman bahawa tokoh teragung adalah Nabi Muhammad s.a.w yang juga dinobatkan sebagai juara agung di antara 100 individu yang paling berpengaruh di dunia.
Saya sangat berharap, moga nama saya juga tercatat dalam sejarah, menjadi duta ISLAM di seluruh dunia, menjulang ISLAM dan memperkenalkan bahawa ISLAM adalah agama terbaik, agama yang penuh kasih sayang, seperti Aisyah r.a, Sumayyah, Khadijah r.a, Zainab Al-Ghazali dan seterusnya Khairunnisa. ^_^ . Doakan saya.
UPDATE
Wallahua'alam.
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "
DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0600am, 17082009
http://qalamhazin.blogspot.com
Khamis, 2009 Ogos 13
Pergi Tak Kembali - Arwah Ust Asri (Rabbani)
Antara catatan di dalam blog arwah :
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"
Pahlawan Nasyid
"anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti"
Ahli keluarga arwah
.jpg)
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.
Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.
Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.
Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.
Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.
Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.
Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni. - Malaysia Kini
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas in
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "
DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0600pm, 13082009
http://qalamhazin.blogspot.com
Ahad, 2009 Julai 26
Maaf :(
Assalamualaikum to all my visitors... 
Saya tak sangka walaupun lama dah tak jual baju, tapi masih ada yang singgah...
saya minta maaf banyak-banyak
...
Emm, baju ada lagi cuma tak sempat nak post kat sini, waduh tak larat saya huhu assigment berlambak
...
InsyaAllah saya cuba untuk upload akan datang ya
hehe salam sayang
nisa blogshop .

Saya tak sangka walaupun lama dah tak jual baju, tapi masih ada yang singgah...
saya minta maaf banyak-banyak
...Emm, baju ada lagi cuma tak sempat nak post kat sini, waduh tak larat saya huhu assigment berlambak
...InsyaAllah saya cuba untuk upload akan datang ya

hehe salam sayang
nisa blogshop .
Ahad, 2009 Jun 14
Langgan:
Catatan (Atom)









































